Monday, July 11, 2011

PaNas Hati DengaN MAXIS BROADBAND....!!!!!

Bermula dengan satu panggilan telefon telah menyebabkan aku dan adik aku bengang SELAMANYER dengan Maxis broadband. Aku kira baikla tak panggil maxis berukband. Adik aku terima satu panggilan dari department sales maxis kalau dah daripada sales automatikla menjual barangkan. Seorang mamat bernama wafi bukan nama sebenar telah menjual maxis broadband melalui telefon dan boleh dikatakan melalui paksaan. Adik aku beberapa kali mendesak tidak perlukan maxis broadband sebab dia sendiri tiada komputer dan dirumah kami ada wifi streamyx. Dan tidak sewenang-wenangnya pada hari sabtu lepas 2 julai maxis broadband telah menghantar satu broadband dengan courier.Ader ke patut? Ini satu paksaan tahu tak wahai maxis..!!!!!


Pastu hari isnin lepas 4hb Julai aku pergi ke maxis center atas saranan maxis customer service untuk hapuskan line maxis broadband di center terdekat. Tak adala dekat sangat sakit jugakla punggung kalau naik motor. Mamat di maxis center kata tidak boleh dihapuskan sekiranya tidak diaktifkan akaun. Kalau macam itu memangla aku tak perlu aku aktifkan kira selamatla tak perlu aktifkan. Tapi mamat itu kata kalau awak tak aktifkan sebulan kemudian akaun itu akan diaktifkan sendiri..What the hell...!!! Paksaan betul. Aku nak hapuskan ko tak bagi. aku tak nak aktifkan ko akan aktifkan sendiri aduyai aper kes...!!! jadi nak tak nak memang kena aktifkanla nie. diberi tempoh sepuluh hari selepas diaktifkan untuk menghapuskan line maxis broadband tersebut. hahaha...!!! memang merepek kau maxis berukband. dala menyusahkan aku dan adik aku.kau ingat aku xperlu kerja ke nk ulang alik pergi ke tempat kau jer. Kepala otak otak kempasla..!!!


pada 11 julai Sesi pengaktifan dilakukan. aku telefon maxis customer service untuk pengaktifan. hah...!! kat sini aku bertambah menyirap lagi. aku yg nk bercerita ini pun bengang pula. lansung hilang mood aku..!!! yang penting minah customer service kata sesi percubaan selama sepuluh hari untuk maxis broadband awak telah tamat. hah..!!! terkejut beruk band aku. tempoh untuk aktifkan mengambil masa 24 jam.....jadi bil tetap akan sampai...hah..!!! kenapa pula..? ini kerana kami KIRA sejak dari tarikh awak terima broadband dari courier kami bukan dari tarikh awak aktifkan.... lagi sekali...what the hell...!!!!! tapi mamat kat maxis center kata lain awak kata lain mana satu ni....habis..!! kepala aku pening....dupp...!! pengsan...!!! nampaknya maxis akan makan jugala duit adik aku tanpa sebarang penggunaan maxis broadband.



Adakah halal duit itu wahai maxis....???



* Peringatan kepada semua.. jikalau anda terima sebarang panggilan untuk menjual produk tidak kisahla sebarang produk pun tak perlu la dilayan kerana akan menyusahkan diri anda sendiri....!


*Peringatan kepada maxis. Tak payahlah buat sistem call try and error...dan bila orang tak nak layan terus hantar ke rumah..itu dikira paksaan okay... sekiranya saya berminat untuk melanggan maxis broadband saya sendiri boleh pergi mencari tak perlu try and error....kenapa da tak ada market sangat ke sampai layan macam itu sekali.....???? bukan semua orang mampu maxis broadband dan bukan semua orang ada komputer di rumah...



















2 comments:

  1. pergh serius kejam. abah saya pun ada org call 1 hari tu. mcm kes ni jugak la. tp sbb kitorg mmg da ada mxs brodband, sbb tu x de pape kot.

    kes ni klu lapor polis boleh menang tau. dan menyalahi hak pengguna

    ReplyDelete
  2. iyeake cik dya. xperla sebab awak da memang ader maxis broadband. kalu lapor pada hak pengguna nnti lagi panjang cerita...huhuhu... da settle da pun. ari tue pegi pulangkan jugak. =)

    ReplyDelete