Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya.....!!!!

Assalammualaikum.....

hai...apa khabar semua....?? maafla sibuk sikit dengan suasana dan keadaan tempat belajar baru.....sekarang nie aku bukan nk cerita pasal tempat belajar....tpi aku nk cerita pasal hari raya,...

Macam biasa tiap-tiap tahun mana lagi....Kuala Lumpurla kan....huhuh...nak buat macam mana da memang kat sini jerkla tiap-tiap tahun....tpi xperla da biasa,....lantakla orng nak kata aper...yang penting kita sama meyambut hari raya bersama orang tersayang....iaiitu ibubapa dan keluarga serta sahabat handai....isteri belum ada lagi ok....hahaha...!!

Menu pun memang setahun dua kali jerk....raya aidilfitri dan raya aidiladha....
1. ketupat.
2. nasi himpit.
3.rendang ayam
4. daging masak merah.
5.bihun sup.
6.sambal tumis.

lainkalila aku senaraikan lagi....malas plak aku nk tulis da malam-malam raya nie...

Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat rakan-rakan yang mengenali diri ini dan tidak mengenali diri ini... dan tak lupa juga kepada follower-follower atau yang tak jadi follower lagi.....

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.




Sekian saja untuk Ucapan raya kali nie....

Assalammualaikum.





Saturday, July 16, 2011

Perjuangan harus diteruskan....!!!!


Assalammualaikum.....

Hai..!! Macam mana nak mula ni yea! Perjuangan harus diteruskan tajuk entry kalii ni. Perjuangan harus diteruskan kerana walaupun da 6 tahun aku habis spm aku masih lagi belum mempunyai kerjaya masih lagi dengan dunia belajar aku. Sekarang umur aku pun da meningkat dewasa. Aku mempunyai cita-cita memiliki segulung ijazah sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi sayang aku tiada rezeki untuk terus sambung ke peringkat diploma aku terpaksa bermula dari peringkat sijil dan meningkat ke satu lagi anak tangga untuk diploma dan kini aku baru hendak teruskan perjuangan untuk ke peringkat ijazah yang aku idam-idamkan selama ini.



Pada 25hb mac 2011 aku telah mendapat tawaran sambung belajar daripada Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute untuk kursus Electrical. Hari pendaftaran pada 17hb julai 2011 iaitu esok. Fuhh..!! alangkah nervous, excited, bersemangat dan macam-macam lagila. Hari ni separuh hari aku menyiapkan dan membungkus segala persiapan untuk menghadapi minggu silaturrahim dan minggu-minggu pembelajaran. Masuk kali nie sudah 4 kali aku kena packing barang untuk duduk asrama dan orientasi. Bermula dengan di teknik, ikm , mfi dan terbaru bmi. Dalam 4 tue yg paling aku tak leh lupa ikm. Banyak betul kenangan yang aku malas nak ingat kat ikm dulu masa minggu orientasi.


Selesai sudah aku siapkan segala dokumen yang diperlukan dan beg yang perlu dibawa. Aku ingatkan aku dapat kurangkanla beg-beg yang hendak aku bawa. Bila aku kumpul-kumpulkan semuanya adala dalam 8 beg. Memangla banyak sebab dengan beg-beg plastik sekali aku kira. Kat bawah ni aku ader sediakan gambar beg yang aku nak bawa ke bmi esok.




Dekat 7 bulan aku duduk di rumah untuk menjalani latihan industri semasa diploma dan kini aku kena duduk di asrama semula sebagai freshie. Adoiii...!!! sudah tua masih lagi freshie. dulu aku selalu panggil pelatih tua masa di ikm dan diploma dan sekarang aku takut orang pula panggil aku tua. hahaha...!!!! Pasnie aku kenala kurangkan aktiviti makan aku. tak leh la macam duk umah dulu bila-bila nk makan jerk bleh. sekarang kenala berjimat sikit.. pinjaman belum masuk smester dua baru masuk.

Aku harap semuanya berjalan dengan lancar esok untuk sesi pendaftaran, pembelajaran dan penginapan. Harap-harap tiada sebarang masalah yang timbul. Laptop dan handset aku terpaksa ditinggalkan sementara minggu induksi kerana hendak menyesuaikan diri dahulu dan minggu induksi mesti sibuk punya jadi bila masa pula nak jaga barang-barang tu. Jadi tak dapatla aku nak update blog aku sementara waktu. Pasnie aku akan ceritakan kehidupan aku di bmi sepanjang minggu induksi aku.. Minggu depan aku update lagi. InsyaAllah......

Assalammualaikum

Monday, July 11, 2011

PaNas Hati DengaN MAXIS BROADBAND....!!!!!

Bermula dengan satu panggilan telefon telah menyebabkan aku dan adik aku bengang SELAMANYER dengan Maxis broadband. Aku kira baikla tak panggil maxis berukband. Adik aku terima satu panggilan dari department sales maxis kalau dah daripada sales automatikla menjual barangkan. Seorang mamat bernama wafi bukan nama sebenar telah menjual maxis broadband melalui telefon dan boleh dikatakan melalui paksaan. Adik aku beberapa kali mendesak tidak perlukan maxis broadband sebab dia sendiri tiada komputer dan dirumah kami ada wifi streamyx. Dan tidak sewenang-wenangnya pada hari sabtu lepas 2 julai maxis broadband telah menghantar satu broadband dengan courier.Ader ke patut? Ini satu paksaan tahu tak wahai maxis..!!!!!


Pastu hari isnin lepas 4hb Julai aku pergi ke maxis center atas saranan maxis customer service untuk hapuskan line maxis broadband di center terdekat. Tak adala dekat sangat sakit jugakla punggung kalau naik motor. Mamat di maxis center kata tidak boleh dihapuskan sekiranya tidak diaktifkan akaun. Kalau macam itu memangla aku tak perlu aku aktifkan kira selamatla tak perlu aktifkan. Tapi mamat itu kata kalau awak tak aktifkan sebulan kemudian akaun itu akan diaktifkan sendiri..What the hell...!!! Paksaan betul. Aku nak hapuskan ko tak bagi. aku tak nak aktifkan ko akan aktifkan sendiri aduyai aper kes...!!! jadi nak tak nak memang kena aktifkanla nie. diberi tempoh sepuluh hari selepas diaktifkan untuk menghapuskan line maxis broadband tersebut. hahaha...!!! memang merepek kau maxis berukband. dala menyusahkan aku dan adik aku.kau ingat aku xperlu kerja ke nk ulang alik pergi ke tempat kau jer. Kepala otak otak kempasla..!!!


pada 11 julai Sesi pengaktifan dilakukan. aku telefon maxis customer service untuk pengaktifan. hah...!! kat sini aku bertambah menyirap lagi. aku yg nk bercerita ini pun bengang pula. lansung hilang mood aku..!!! yang penting minah customer service kata sesi percubaan selama sepuluh hari untuk maxis broadband awak telah tamat. hah..!!! terkejut beruk band aku. tempoh untuk aktifkan mengambil masa 24 jam.....jadi bil tetap akan sampai...hah..!!! kenapa pula..? ini kerana kami KIRA sejak dari tarikh awak terima broadband dari courier kami bukan dari tarikh awak aktifkan.... lagi sekali...what the hell...!!!!! tapi mamat kat maxis center kata lain awak kata lain mana satu ni....habis..!! kepala aku pening....dupp...!! pengsan...!!! nampaknya maxis akan makan jugala duit adik aku tanpa sebarang penggunaan maxis broadband.



Adakah halal duit itu wahai maxis....???



* Peringatan kepada semua.. jikalau anda terima sebarang panggilan untuk menjual produk tidak kisahla sebarang produk pun tak perlu la dilayan kerana akan menyusahkan diri anda sendiri....!


*Peringatan kepada maxis. Tak payahlah buat sistem call try and error...dan bila orang tak nak layan terus hantar ke rumah..itu dikira paksaan okay... sekiranya saya berminat untuk melanggan maxis broadband saya sendiri boleh pergi mencari tak perlu try and error....kenapa da tak ada market sangat ke sampai layan macam itu sekali.....???? bukan semua orang mampu maxis broadband dan bukan semua orang ada komputer di rumah...



















Friday, July 8, 2011

....Bersawang.....




Assalammualaikum.....

aduiiiiiii.......!!!!!!! aper niee.....!!!!!! issshhh...!!!!!!!! fffuuuuuhhhhh.......!!!!!!!


credit to fatihahanapi


Perrrghhh...... da bersawangg da upanyer blog aku nie....!!!!! da macam dlam gmbar nie aku aser .....hahaha.....
okla tuekan sesuai la dengan ungkapan laman sesawang....baru aku dpat ungkapkan kenapa ianyer dipanggil laman sesawang......sengal punya fakta....xleh masuk kepala langsung...marah orang Dewan Bahasa dan Pustaka...i'm sorry...!!!!
6 bulan x berpenghuni risau jugak aku mnerla tau kene delete plak oleh pihak berwajib kan.....sekarang baru nk post balik.......hanya kunjungan2 balas jerk ader aku lakukan............hahaha....ttba seram pulak ngan blog aku biasala da lama tinggalkan blog aku nie.......hahahaha.......

sekarang aku sedang jalankan aktiviti mengemas pada blog nie.......ini x kena itu x kena.....aduyaaiiii.....!!!!! kenapa nie...?? kne lakukan sesuatu nie.....nie da masuk bulan 7 nie....bulan depan da nk bulan ramadhan.....nnti kalu raya bersawang blog aku nie xsmart plak....hahahah..... (aper ko merepek nie baiii nk kemas ke xnak nie kalau aku da ramas kepala ko minah...hahahah.......!!!) isshhh... mestila nk kemas....xkanlaa xnak kemas plakkan.....

6 bulan x menaip entry blog nie......ttba rasa rindu plak....asyik taip report, assignment, nota jerk bosan jugakkan...aperhal plak nie..time nk brkemas time tuela sakit perut......nie boleh mendatangkan kemalasan aku nk menaip nie...da jangan nk ngada2...kemas jugakk.....da bersawang da laman sesawang ko nie..... x kesian ke orang penat2 dtng nengok ko x post entry lagi.......masalahnyer ader ke orng dtng nengok....kalau ader cuba komen kat bawah nie sikit....hehehe.... bukan paksa ok...sjer jerk nk survey nengok market bukan android market ok...sini xder application.......

okla sampai sini dulu untuk entry beersawang nie.....kalau ader idea akan aku taip lagi....
adios amigos....aku berambus...!!!!!

assalammualaikum....







Saturday, January 1, 2011

2010 ke 2011

assalammualaikum

aper khabar....???
lagi sikit nk masuk 2 / 1 / 2011....harap2 sempatla aku post entri nie sebelum pukul 12 untuk merasai bahang tahun baru....xper aku cuba yea.....


2010 ke 2011...
setiap tahun masa akan berubah atau berganjak......tiada siapa pun yg bulih menahannyer daripada berhenti melainkan Allah s.w.t.....dah memang terbukti pun sebab akhirnyer 2011 tiba jua.....


2010 ke 2011...
usia aku kian berganjak dewasa selari ketuaan diriku....hehehe.....dulu umur aku 23 dan tahun nie insyaAllah 24 tahun.......muda lagikan xderla tua maner pun......


2010 ke 2011...
daripada kurus kepada lebih chubby sikit.....naper aku pun xtau.....??tapi memang biasala bak kata ali mamak semua naik......berat badan naikla......automatik size suar pun naik.....saiz baju pun naik....harga baju pun naik.....aduyaaaiiii.....!!!!


2010 ke 2011...
sebelum nie duk umah sewa.......sekrang nie da duk di rumah ibubapa sendiri.....hehehe....sebab aku da nk mula praktikal di ajinomoto yg sangat dekat ngan umah aku.....lagi 2 hari nie nk mula....

2010 ke 2011...
2010 aku masih diploma.......2011 insyaAllah aku akan berusaha untuk meyambung kepada yg lebih tinggi iaitu degree,,,,hehe,,,aku cuba untuk masuk thun nie jugak untuk degree lepas jerk aku abis praktikall.......


2010 ke 2011..
tahun lepas aku pakai broadband selama 2thun,.....dan sekrang aku pakai streamyx,,,,,hehehe...lebih laju daripada biasa.....tepat 29/12 aku terminate broadband dan 30/12 streamyx masuk....hahahah


2010 ke 2011...
bilik aku berubah wajah sejak semalam.....aku da selesai menolong wak tue mengecat bilik aku....daripada biru cair kepada warna ungu..(aku bukan gay okey)...hahaa..lantakla korang nak kater aper...bilik aku aku punya sukala aku nk lain daripada yg len....heheheh...


2010 ke 2011...
dulu TBS-BTS (terminal bersepadu selatan) belum digunakan....dan kini ia telah bulih digunakan sepenuhnyer...aper kene mengena ngan akukn.....mestila ader....dier dekat sangat2 dengan umah aku......mesti sesak gilerla highway depan umah aku nie.....aduyaaaiiiiiii...xsuka....xsuka......hahaha....


aper yg dapat disimpulkan disini ialah inilah perubahan di hujung 2010 ke awal 2011.......sebab tuela aku jarang2 online....sibuk sangat dengan renovate rumah.....dan sekrang umah aku da selesai direnovatekan....dan keadaan kembali kepada biasa....suka...suka.....hehehe.....

dikesempatan ini aku nak mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan dan follower2 semua sertaa pemblogger2 tegar diluar saner.....teruskan berblogging dan berjogging serta berwalking....hehehe......