Saturday, July 16, 2011

Perjuangan harus diteruskan....!!!!


Assalammualaikum.....

Hai..!! Macam mana nak mula ni yea! Perjuangan harus diteruskan tajuk entry kalii ni. Perjuangan harus diteruskan kerana walaupun da 6 tahun aku habis spm aku masih lagi belum mempunyai kerjaya masih lagi dengan dunia belajar aku. Sekarang umur aku pun da meningkat dewasa. Aku mempunyai cita-cita memiliki segulung ijazah sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Tapi sayang aku tiada rezeki untuk terus sambung ke peringkat diploma aku terpaksa bermula dari peringkat sijil dan meningkat ke satu lagi anak tangga untuk diploma dan kini aku baru hendak teruskan perjuangan untuk ke peringkat ijazah yang aku idam-idamkan selama ini.



Pada 25hb mac 2011 aku telah mendapat tawaran sambung belajar daripada Universiti Kuala Lumpur British Malaysia Institute untuk kursus Electrical. Hari pendaftaran pada 17hb julai 2011 iaitu esok. Fuhh..!! alangkah nervous, excited, bersemangat dan macam-macam lagila. Hari ni separuh hari aku menyiapkan dan membungkus segala persiapan untuk menghadapi minggu silaturrahim dan minggu-minggu pembelajaran. Masuk kali nie sudah 4 kali aku kena packing barang untuk duduk asrama dan orientasi. Bermula dengan di teknik, ikm , mfi dan terbaru bmi. Dalam 4 tue yg paling aku tak leh lupa ikm. Banyak betul kenangan yang aku malas nak ingat kat ikm dulu masa minggu orientasi.


Selesai sudah aku siapkan segala dokumen yang diperlukan dan beg yang perlu dibawa. Aku ingatkan aku dapat kurangkanla beg-beg yang hendak aku bawa. Bila aku kumpul-kumpulkan semuanya adala dalam 8 beg. Memangla banyak sebab dengan beg-beg plastik sekali aku kira. Kat bawah ni aku ader sediakan gambar beg yang aku nak bawa ke bmi esok.




Dekat 7 bulan aku duduk di rumah untuk menjalani latihan industri semasa diploma dan kini aku kena duduk di asrama semula sebagai freshie. Adoiii...!!! sudah tua masih lagi freshie. dulu aku selalu panggil pelatih tua masa di ikm dan diploma dan sekarang aku takut orang pula panggil aku tua. hahaha...!!!! Pasnie aku kenala kurangkan aktiviti makan aku. tak leh la macam duk umah dulu bila-bila nk makan jerk bleh. sekarang kenala berjimat sikit.. pinjaman belum masuk smester dua baru masuk.

Aku harap semuanya berjalan dengan lancar esok untuk sesi pendaftaran, pembelajaran dan penginapan. Harap-harap tiada sebarang masalah yang timbul. Laptop dan handset aku terpaksa ditinggalkan sementara minggu induksi kerana hendak menyesuaikan diri dahulu dan minggu induksi mesti sibuk punya jadi bila masa pula nak jaga barang-barang tu. Jadi tak dapatla aku nak update blog aku sementara waktu. Pasnie aku akan ceritakan kehidupan aku di bmi sepanjang minggu induksi aku.. Minggu depan aku update lagi. InsyaAllah......

Assalammualaikum

1 comment:

  1. Iz, aku sedey la xdpt smbg stdy ngan ko...T.T

    ReplyDelete